Pernah tak korang terbuat benda paling sengal dalam hidup korang yang agak memalukan dan buat korang menyesal dengan tindakan terburu2 korang?
Ini bukan kali pertama jadi la dalam hidup aku. Orang kata tak guna hidup dalam kekesalan, jadi aku memang selalu cuba nak move on, tapi bese la the ghost of the past will always haunts us!
Baru2 aku ada buat satu benda sengal yang aku pun tak sangka aku sendiri boleh buat. Aku tak tau ape angin gila yang datang kat aku sampai aku boleh embarrass diri aku sedangkan aku ni agak ego orangnya, tapi takla ego melangit babe, kang jatuh patah tengkuk! Sikit2 sudah! (ayat cover hahaha)
Sekarang ni I am dealing with the embarrassment and the guilt. Bukanlah aku plan nak jadi sengal hari tu, tapi guilt yang aku maksudkan ni is the implication of my action. Allow me to correct it, implicationS of my silly action!
Impak pertama pada dia, impak kedua pada 'relationship' dia, impak ketiga pada imej dan reputasi diri aku dan impak keempat kepada pendirian aku. Ye2 aku mengaku aku memang agak ego sebab tu aku pentingkan imej, reputasi dan yang paling penting pendirian aku.
Tapi entah macam mana aku boleh jadi sengal hari tu. Aku pun masih memikirkan punca kesengalan aku. Maybe minggu tu aku terlebih makan seafood? Atau mungkin terlebih banyak exercise? Aku sendiri pun konfius dan tak mengerti...ntahlah.
***
Ada satu keputusan yang pernah aku buat yang menyebabkan aku 'terlepas' banyak benda dalam hidup aku. Aku tau kita tak patut hidup dalam kekesalan, yes, I've moved on, tapi kadang2 bila terpandang belakang, ada jugak rasa menyesal dan sedih tu menggigit hati kan.
***
Tengah kemas2 barang2 aku tadi (nak pindah kan), aku terjumpa dua benda --> greeting cards dan jugak surat tawaran dari Lancaster. Sebak rasanya...
Benda2 macam buatkan aku teringat kat bf lama si Robert tu.
"Betul ke jalan yang aku amek ni?"
"Macam ni ke rupanya THE ROAD NOT TAKEN?"
hehehe...goodnight people!
Esok akan panjang harinya kerana aku ada DUA tugasan berat --> angkat barangan berat untuk pindah dan junjung barang berat untuk capture that magical moments during akad nikah...selamat oii!!!
salam alaikum
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment