Friday, September 16, 2005

Kisah anak raksasa dengan ultraseven

Pada zaman sebelum berlakunya kenaikan suhu global dan kecairan ais di kutub utara dan kutub selatan, mantan tempat melepak bagi beruang-beruang dan beburung penguin, terwujudlah seekor anak raksasa yang degil dan sukar dinyahkan dari kerak bumi yang berada di tahap panas lampau. Satu hari, anak raksasa ini berjalan dengan keadaan yang mantap dengan halaju 12 m/s dengan kadar penjajaran yang kurang dinamik kerana dia seperti anak ketam yang baru diajar berjalan oleh si mak ketam.

Mak raksasa: Sape suruh ko jalan macam ketam. Aku mak ko, aku raksasa, ko anak raksasa. Lain kali jangan suruh si mak ketam tu ajar ko.
Anak raksasa: Ala, mak. Bukan sengaja, derang yang suruh try belajar dengan mak ketam, maklumlah banyak garam dia makan kat laut tu.


Setelah penat berjalan, si anak raksasa duduk di atas batu yang kepadatan isipadunya tak berapa padat sangatlah. Tiba-tiba dia ternampak ultraseven yang sedang termenung jauh seolah-olah memikirkan kebenaran hukum pertama termodinamik iaitu prinsip keabadian tenaga, di mana tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tapi ia boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Lantas si anak raksasa menepuk bahu ultraseven, maka terkejutlah ultraseven kerana sensor dia yang ada tenaga upaya untuk mengesan musuh dari belakang dan juga musuh dalam selimut telah hilang upaya sejak sebulan lalu. Maka, terkeluarlah dari mulut si ultraseven mengenai design concept berkenaan wastewater treatment plant, activated sludge system dan sebagainya.

Anak raksasa: Ultraseven, kenapa kau termenung, tak eloklah, nanti ko kan berhati bingung seperti si Seroja tu.
Ultraseven: Masalah yang aku hadapi ni lebih susah dari persamaan tenaga aliran mantap dan equation yang aku buat untuk digital electronics tu.
Anak raksasa: Masalah negara mana yang ko fikirkan tu, sampai ko dah takde masa nak main bunuh-bunuh dengan aku. Lama dah aku tak kena fire yang berhalaju tinggi dari ko tu, dah lama aku tak musnahkan bangunan-bangunan plastic kat negara Jepun tu.
Ultraseven: Ni semua gara-gara produser ko tu lah, si Kobayashi (bukan nama sebenar) tu.
Anak raksasa: Kenapa dengan dia? Dia suruh ko belajar pasal penyahnitratan nutrien fosforus dan nitrogen secara biologi dan kimia ke?
Ultraseven: Ala...itu kacang je. Ini masalah lebih serius tahap Gaban dah ni, Gaban pun kalau terkena masalah ni, hish...punah karier dia, langsung jadi tukang cuci motor je kat Jepun tu.
Anak raksasa: Oii..cakap jelah apa masalahnya?? Ini bukan soal pemeluwapan atau pemampatan air dan udara.
Ultraseven: Si Kobayashi tu lah, dah berapa bulan dia ada masalah menjajarkan cash-flow production company. Jadi dah sebulan lebih aku ni makan maggi kari, maggi tomyam, maggi asam laksa dan maggi goreng je, lepas tu kena tapau plak tu bila tiba-tiba ada emergency kena buat OT. Tu aku hangin sepoi-sepoi bahasa German je ni.

Si anak raksasa mencadangkan satu solution yang unggul untuk menyelesaikan permasalahan ini. Jadi buat masa ini, si ultraseven mengambil keputusan untuk tido sambil membiarkan subconscious mind dia mempertimbangkan cadangan yang unggul tu.

***

Selamat malam dunia!

No comments: