Seperti semester2 yang lepas, bila tiba waktu cuti, cikgu2 semua akan mati kutu dok kat ofis tak tau nak buat ape. Walaupun file next sem nak kena audit, tapi besela...kitorang pun lebih kurang students je...last minute buat baru thrill hahaha.
Oleh kerana kebosanan yang melampau dan juga kerana ade one-day sunquick sale kat Sogo, aku pun ajaklah kawan2 yang sudi turun KL and headed straight to Sogo. Tapi on the way tu, aku+intan rasa it's better to park outside Sogo. Beselah, time2 sale ni mesti parking penuh kan, so kitorang park kat tempat bese berdekatan dengan Semua House. Tapi ade sorang 'jaga' parking ni sibuk soh kitorang park kat tempat dia:
"You nak parking ke ape? Parking sini la. MURAH! RM5 saje! Depan sana RM7"
"Tak nak la, sini susah nak masuk parking"
"Apa susah...(sambil bukak kunci pintu aku dan soh aku keluar supaya dia boleh parking kan) sini saya park"
So, dengan eksyen ni 'jaga' ni pun park kan kete aku kat lorong sempit, sebelah kancil dengan Myvi. Aku budget kalau aku dalam kete tu confirm I'd have some problem to get out of the car! Aku tengok Ja pun struggling nak kuar, walaupun dia tu kurus slim shady :P.
So, lepas bayar 'jaga' RM5, kitorang pun gerak pergi makan kat area Mydin. Food tak best! "Scenery" tak payah la cite. Dah kenyang tu, kitorang jalan towards Sogo. Jauh gak Sogo especially bila dah 'berat' kan.
Sampai Sogo, terus naik tingkat 7. As ordered by my mom, I bought 6 bottles of Sunquick pelbagai perisa hehehe and a few other things. Kak Nurul pun beli banyak gak, yelah dia ada hubby, anak kecik, so banyak gak la barang nak kena tengok. Intan shopping a few food items, Ja plak tengok2 purse etc. Lepas dah shopping sakan, pukul 3.15 kitorang pun gi bayar barang2. Yang best tu, cashier yang pack barang aku tu bungkus 6 botol sunquick tu dalam plastik yang dilapis dua. Ha sekarang bayangkan berat tak berat plastik yang aku bawak. Itu baru satu, ade lagi dua plastik yang ringan sket la.
Turun je dari tingkat 7, kitorang terkejut badak tengok kat luar hujan tengah lebat kaw2. Lame gak kitorang duduk kat pintu tu fikir nak semayang kat surau bawah ke nak redah je hujan and semayang kat ofis. Setelah bermusyawarah, kitorang pun mencapai satu keputusan yang sangat best...KITA REDAH AJE!
Maka bermulalah satu perjalanan di dalam hujan yang diiringi gelak tawa dan kerlingan orang sekeliling. Semua dah patut jadi mak orang (in fact memang ada mak orang pun) tapi dok berlari2 dalam hujan lagi. Bayangkan bawak plastik dengan 6 botol sunquick dan barang2 lain sambil berlari2 anak dalam hujan dan nak cross jalan besar. Keje gila kan!
Nak dijadikan cerita, bila kitorang dah almost sampai kat parking kete tu, kitorang lalu la dalam Kopitiam Station. Aku dengan Intan kat belakang, kak Nurul+Ja dah meluru ke depan. Tiba2 ada orang panggil, "Miss Intan..." ALAMAK!!!! Kantoi! Student Intan rupanya!!!! Yang best tu kitorang dah la memang kuyup, air menitik dari seluar ke atas lantai Kopitiam Station, student Intan tu plak tengah hidang air kat customer. Dia pun dengan sopannya datang la nak salam kitorang. Intan hulur tangan malu2 sambil cakap "eh xpayah la salam, basah ni. kitorang shopping kat Sogo". Dalam hati aku - cikgu ni pandai je explain even when nobody asks for it hahahaha. Pastu budak ni hulur tangan kat aku plak. Dah la tangan aku penuh, terpaksa la aku letak botol2 sunquick tu dan sambut tangan budak tu...tiba2 botol2 tu jatuh "keting, keting..." semua orang pandang aku dengan Intan. Student tu plak boleh tiba2 terjatuhkan kerusi kat sebelah dia. Adoi saje la tu nak tarik attention untuk cikgu cikgi dia. Doi, malu takleh nak cakap lah...Kitorang cepat2 blah lepas tu.
Sampai je parking, kitorang tak tau camne nak kuarkan kete sebab sempit gila! 'Jaga' yang eksyen tadi tu tak nak tolong. Nasib baik ada kawan dia, tapi dia tak berani nak drive so dia bagi instruction je. Jenuh babe, dalam keadaan basah, dengan spec penuh titik2 hujan, terpaksa reverse kete sampai keluar parking yang sempit teramat tu! Taubat tak nak parking situ dah!!!
***
Moral of the story:
1) Kalau nak beli sunquick banyak bawak la tangan2 spare (dah bawak tapi cashier bijak sangat)
2) Kalau jumpa cikgu dalam keadaan memalukan, tak payah la tegur, wat2 tak nampak je hahahaha.
3) Pergi Sogo parking kat Sogo!
4) Kalau nak 'mengular', dengar la laporan kaji cuaca dulu
***
Ok people, I need to go to bed now. Need to 'prepare' myself for our mini bowling tourney tomorrow hehehehe. Goodnight people! Salam alaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
adus...sadis betullah...jalan cite yang penuh dengan kesyahduan...
dulu2 masa kat Unikop..tak sempat mengular...sebab kena pegi PTK. Samapi skang jeles jer tengok lecturer2 kat sini lepak2 lepas habis exam...
Unikop dulu tak bagi peluang langsunglah kat lecturer.. Kt sini masa lecturer fleksibel..tambah2 time student cuti..Memang lecturer ada hak untuk keluar dan masuk ikut suka hati... dan nak punch ini kul brapa pun tak pe...
Post a Comment