Fasa kebosanan bakal meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi setelah kanak-kanak riang di kolejku pulang ke kampung apabila tamat tempoh peperiksaan. Dan apabila tarikh keramat itu tiba, pastinya, aku dan rakan-rakan sejawat akan melekapkan muka kami yang comel ke glass window jabatan kami sambil melambai dalam keterpaksaan ke arah kanak-kanak riang yang tentunya girang untuk meninggalkan kolej dan juga cikgu-cikgi yang bakal melangut tidak keruan memikirkan atas sebab apa kami dipaksa untuk makan gaji buta disamping membutakan diri setiap hari di kolej tanpa aktiviti-aktiviti yang produktif dan yang mampu mengerakkan otot otak kami.
Kebosanan yang telah bermula sejak dua minggu yang lalu kini sedikit demi sedikit memamah kewarasan akal fikiran kami, dan yang pastinya pihak kolej harus melakukan sesuatu agar masalah ini dapat diatasi dan cikgu-cikgi kolej ini dapat diselamatkan dari wabak yang kian menular dari satu jabatan ke jabatan yang lain.
Aku dapati semakin ramai cikgu-cikgi dari jabatan lain berminat untuk mengunjungi jabatan kami. Barangkali carom kak N*q*u menjadi tarikan utama. Mungkin juga, komputer kami yang ada game Tumblebugs berjaya mengorat cikgu-cikgi jabatan lain...tapi tak mustahil juga kalau aku, ye...AKU yang menjadi magnetnya hahaha. Maklumlah cikgi baru yang penuh misteri...senyap dan tak ambil peduli hal orang lain kecuali hal jabatan sendiri...makanya orang dari jabatan lain pun berminatlah untuk mengenali diriku lebih dekat.Biasalah kan, rakyat Malaysia memang suka benda dan perkara misteri ^__^. Misteri Nusanterio Kumanteri...(no, I have no idea what does that mean...)
***
Nama pesakit: Shepherd L. Sevenlord
Diagnosis: Mempamerkan sindrom tekanan emosi diri perasan (LANSI) takat lampau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment