Sunday, July 25, 2004

Pak Umno Kita...

Baru-baru ni UMNO ada perhimpunan Agong nyer. Bukan perkara luar biasa. Perkara dah biasa, every year mesti ada AGM. Cuma yang luar biasanya, bilamana ada orang mengatakan amalan demokrasi dilaksanakan seperti biasa semasa perhimpunan Agong UMNO tapi jawatan Presiden dan Naib President tidak harus dipertandingkan. Demokrasi apa tu namanya? Bak kata sesetengah kata ahli politik versi UMNO, itu demokrasi terpimpin.

Tak apa, tak salah buat demokrasi terpimpin jika itu sebenarnya hasrat seluruh umat UMNO kecuali saya. Yang saya kesalkan, mengapa mahu dicerca, diejek dan dicela pada sapa-sapa yang tidak bersama pendapat dengan arus perdana? Sebagai contoh, lihat Tengku Razaleigh. Dia tidak menyertai pandangan umum kerana dia berpendapat, amalan demokrasi harus diperbetulkan dalam UMNO. Dia bukannya mahu jadi President, pada hemat saya. Dia cuma mahu membuat kejutan. Dan kejutan itulah yang diharapkannya untuk membangkitkan UMNO dari semput dan sakit jantung pertubuhan.

UMNO dah tua. Tua sangat. Dan dah jadi kelaziman untuk orang orang tua, cepat melatah dan juga mudah terasa hati. Lagi lagi bila orang muda seperti saya ni lantang mengeluarkan pendapat yang tidak sebulu dengan mereka. Cepat saja mereka ungkit-ungkitkan kembali jasa-jasa mereka. Bagi saya, itu bukan jasa tapi itu lebih kepada tanggungjawab. Cuma kebetulan saja mereka berada di tempat itu. Mereka jalankan tanggungjawab mereka untuk memerdekakan Tanah Melayu dan saya jalankan tanggungjawab saya sebagai pemuda rakyat M'sia untuk menegur salahlaku dalam amalan politik mereka.

I maybe wrong but they may not be right as well!

No comments: