
ANAK-ANAK KITA
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu ketakutan hari-hari ini
(anak-anak kita)
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga lupa tak kenal budaya canggung
Bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya (anak-anak kita)
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Kerna terlalu mabuk
Main lastik dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang (panggillah)
Ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang (panggillah)
Ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi..oh...
Fikir....selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir....selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir....selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir....selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir....selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir....selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu...
LAGU: M.NASIR
LIRIK: M.NASIR
Sesekali aku terfikir, apa akan jadi pada pemuda pemudi generasi selepas aku? Aku ni kalau dikira, tergolong dalam generasi X. Generasi yang mindanya bebas, generasi yang berani dan generasi yang kurang idealismanya. Kalau direnung kembali, apakah sangat pulangan yang generasi aku berikan kepada negara, apa lagi kalau ditanyakan sumbangan pada bangsa sejagat?
Yang nyata, apa yang jelas kelihatan ialah pemuda pemudi yang sibuk berpacaran di sana sini, remaja-remaja yang lemah akalnya diracun alkohol buatan Guiness di tepi Lebuhraya Persekutuan, anak-anak muda yang buta politiknya, pria-pria yang ganteng-ganteng tapi sayangnya homoseksual dan gadis-gadis yang anggun bergaya tapi malang minatnya pada sejenis saja. Bukan mahu memperkecilkan mereka yang benih-benih baik, tapi mahu bertanya di manakan kita yang sihat akalnya, yang mapan idealismanya dan yang teguh iman dan fikrah, untuk sama-sama menarik mereka yang tersasar dari jalan asal. Adakah mereka yang terlepas ke denai-denai asing, atau pun kita yang leka masyuk sendiri dengan ideal-ideal kita, omong kosong iman kita dan bicara berdegar-degar kita.
Zaman selepas Perang Dingin memang ternyata sangat memualkan nafsu remaja. Dan remaja itulah di mana aku tergolong. Yang konon-kononnya akan memimpin negara dalam Wawasan 2020 seperti yang digembar-gemburkan Dr. M. Tapi infrastruktur minda tidak pula dipersiapkan. Bahkan, budaya kita pun makin lama makin terhakis. Sedih bukan? Kita mahu gah dari sudut kebendaan, tapi kosong pengisiannya. Pengisian yang memanfaatkan. Pengisian yang bererti merdekanya minda kita untuk mencari kebenaran dan keadilan. Bukannya merdekanya kita meruntun nafsu binatang.
Nampaknya di sini kita yang sihat-sihat akalnya perlu ambil jalan aktif. Perlu singsing lengan untuk menjemput kawan-kawan yang terlalai. Perlu memaniskan muka dan menjernihkan hati mempelawa mereka-mereka yang tegar dengan jalan sesatnya untuk menyertai kita. Perlu memahami maksud kompromi bagi memastikan mereka tidak selama-lamanya sesat dan kita tidak pulak selama-lamanya dicelakakan oleh mereka-mereka ini.
Jadi ayuh, apa lagi! Marilah...
No comments:
Post a Comment