Kita punya pandangan masing-masing. Pandangan kita yang unik itulah yang membedakan kita antara satu sama lain. Pokoknya, sejauh mana pula pandangan kita menebal dari segi isi, atau pun kosong saja. Pandangan atau pun ide-ide yang dikeluarkan secara amnya haruslah mempunya punca dan asas. Asas yang kukuh, seterusnya disusun mengikut tahap relatif isinya akan menjadikan satu pandangan itu sangat jitu.
Dalam bertukar-tukar pandangan pula, ianya mesti bertukar ganti dalam satu format adab supaya mereka yang menyertai sesi pertukaran pendapat ini berasa senang hati dan juga rasa terhibur dengan diskusi ini. Adab menghormati pandangan orang lain meskipun pandangan mereka sangat jauh berbeda dengan kita harus dipatuhi pada setiap masa. Masing-masing mestilah mempunyai objektif yang bersih dan jauh dari sebarang rasa iri hati mahu pun hasad dengki semasa melibatkan diri ke dalam diskusi ini. Hal yang sedemikian sangat penting bagi menjamin rumusan akhir diskusi ini - melahirkan pendapat yang kolektif dan mewakili semua pihak yang menyertai perbincangan itu.
Justeru, apa yang jelas membezakan kita pada perkara pokoknya ialah gerak minda kita. Cara kita berfikir. Cara kita berhujah. Cara kita menyampaikan isi pandangan kita.
Sunday, July 25, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment