Thursday, January 01, 2009

Aku yang frust!

Sekarang ni jam kat dinding tempat t.v. ni pukul 1225, jadi we've officially entered 2009.

aku melalui hari terakhir 2008 dengan perasaan yang bercampur baur. hari ni aku sedar yang it's time for me to move on and move to a better place to work. aku dah bersama company ni selama tiga tahun, aku memang enjoy kerja sini. kawan2 banyak sekepala, environment ok, kerja pun ada2 masa jelah yang sampai senget2 and sengal2 tapi most of the time, the workload is still bearable.

baru2 ni aku ada usulkan untuk minta kenaikan gaji sebab selama tiga tahun aku bekerja, baru sekali aku merasa dapat token untuk raya (less than rm500) and sekali je gaji aku pernah naik, itu pun 5%. setelah tiga tahun bekerja, gaji aku masih lagi di bawah paras skim gaji orang yang berkelulusan ijazah sarjana muda. kawan aku yang start kerja sama dengan aku dulu, dah banyak kali dapat bonus tahun baru dan bonus raya. increment setiap tahun, lebih dari 5%! dan starting gaji derang pun lebih banyak dari aku. jadi kenapa aku still kat company ni? mungkin aku bodoh sebab ade beberapa peluang yang aku lepaskan dulu, tapi entahlah, panjang betul jodoh aku dengan company yang terlalu banyak menganiaya aku dan kawan2 aku ni!

hari ni, kitorang attend satu meeting dengan En.Tua. sebelum kitorang bukak mulut nak mintak naik gaji, dia awal2 dah inform kitorang kata ekonomi meleset. kita semua patut bersyukur dengan ape yang kita dapat. syarikat2 kat jepun banyak yang buang pekerja, jadi kita kena bersyukur sebab ade kerja. Demi Allah, aku memang bersyukur kerana aku ade kerja yang ok, tapi in terms of gaji...aku tetap rasa aku dianiaya!

Walaupun aku dan kawan2 dah brought forth our case, kitorang nyatakan permasalahan yang kitorang hadapi sebab gaji tak setaraf dengan kelulusan, dan kenaikan harga barang di pasaran bla2...En.Tua masih lagi gagal menjanjikan ape2 pada kitorang. aku rasa amat kecewa sebab janji dia dari 3 tahun lepas yang sering dia ulang dalam semua meeting, masih lagi dia canang pada hari ini. janji pun dah berusia tiga tahun, tapi janji2 manis ni belum lagi dikota.

Yang lebih menyedihkan, En.Orang yang berstatus ketua unit kitorang, langsung tak menyebelahi kitorang. malah dia mengipas pulak En.Tua dan pura2 tak tau yang kitorang attend meeting tu bukan sekadar nak dengar amanat En.Tua untuk tahun baru! Dia juga blame kitorang sambil mem-backing En.Tua yang sudah mula merapu dan membuatkan kitorang rasa seperti bercakap dengan orang yang kurang pandai.kata-kata En.Tua dan En.Orang seolah membodoh2 kan kami yang semuanya pandai2 belaka ini.

Hari ini aku hampir menangis tatkala menyatakan masalah kesempitan wang yang kami semua hadapi. Aku hampir menangis mengenangkan kebodohan pihak atasan yang cuba membodohkan kami. Aku hampir menangis menyaksikan kebijaksanaan mereka2 dalam menganiaya kami.

Setelah semua diluahkan, En.Tua dibantu oleh En.Orang 'menjawab' segala persoalan kami dan sedaya upaya menidakkan hak kami dalam usaha mereka menangkis serangan kami yang punya foundation yang kukuh. Akhirnya, tentulah si zalim yang akan menang, INI KAN DUNIA! KALAU DI AKHIRAT HANYA MIZAN ALLAH YANG DAPAT MENIMBANG SEGALANYA. tapi INI KAN DUNIA, derang pakai la dacing yang terang lagi bersuluh berat sebelahnya untuk menghakimi kitorang.

Akhirnya, aku membuat kesimpulan yang mereka hanya mendengar...tapi mereka enggan berbuat apa2 atau menjanjikan apa2. Aku sekali lagi hampir menangis melihatkan lakonan mereka. Ya benar, aku memang orang yang agak sensitif, tapi aku cekalkan hati dan nekad ingin cari kerja baru!

Aku ingin berterima kasih pada kawan2 yang menyokong aku dan berani untuk menegakkan hak mereka ketika otai2 lame duduk diam berpeluk tubuh. Aku ucapkan jutaan terima kasih kerana kawan2 ini beri aku kekuatan walaupun rintihan kami tidak dihiraukan oleh En.Tua dan En.Orang. Takpelah En.Tua n En.Orang, gaji korang lebih 100-200% dari gaji kami yang ikan bilis ni. tapi ingatlah ALLAH itu MAHA ADIL!

Azam aku untuk tahun 2009, aku akan usaha sehabis baik untuk mencari kerja baru! Aku perlukan udara segar! Aku perlu jauhkan diri dari lakonan manusia yang zalim!

***

SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1430H!
SELAMAT TAHUN BARU 2009!

2 comments:

Anonymous said...

kadang2 dalam hidup ini kita perlukan masa untuk merasai, melalui dan mengalami sesuatu. lalu belajar untuk menjadi yg lebih baik dari pengalaman itu.

ada masa minat kita adalah nombor 1, pada masa yang lain surviving life might be the crucial question to answer. dalam nak memilih, nak move on to something new, kita perlu masa untuk tahu, faham dan mungkin sedikit keberanian yang tak sama dengan keberanian yang lalu. orang2 yg bijak tak akan maju kalau terus duduk di bawah orang2 yg hanya sedikit bijak tapi berhati kaudu. move on, and may Allah be with u.

don't be afraid to try new things atau mencuba apa yg tidak berjaya dahulu, asalkan kau mencuba...Tuhan tentu membuka jalan buatmu. mungkin ini masanya setelah berlalu pengalaman yg cukup ampuh untuk mengajarmu pada dunia yg dibutakan manusia2 keliru. aisehhhh ;)

lieawulf said...

thx rin..