Wednesday, November 12, 2008

Aku perlu tidur...

Baru-baru ini aku mendapat tahu akan satu kebenaran yang pada mulanya amat menyesakkan jiwa dan benak fikiranku. Dua hari dua malam aku berkabung. Menangis bagai orang yang meratapi kematian.

Tapi dalam kesedihan itu ada banyak hikmahnya.

Aku belajar 'melepaskan' orang yang aku sayang kerana sayang tak bermakna mengikat dia dan memaksa dia menerima segala keputusan dan tindakan aku. Aku juga belajar yang sayang tidak akan kurang jika dikongsi, malah mungkin bertambah. Aku belajar dari kesilapan aku yang 'mengabaikan' hatinya.

Alhamdulillah aku rasa persahabatan kami kian kukuh setelah kejadian ini.

Yang kelakarnya, sepanjang tempoh perkabungan aku, aku berjaya menulis lebih kurang 4 puisi dalam B.Melayu menterjemahkan kemarahan aku, kesakitan yang aku alami.

Hari ini aku berasa lega, kerana akhirnya aku faham dan aku terima ketentuan Qada dan Qadr Ilahi.

Aku hanya mampu berusaha untuk menjadi yang terbaik, dan seterusnya berharap Allah akan memberi aku segala yang terbaik.

Banyak yang aku belajar dalam dua hari ini berbanding 2 tahun aku mengenali dirinya.

Buat teman sejatiku *n*a*, tiada apa yang lebih aku inginkan dari kejujuran dalam persahabatan dan tiada apa yang aku harapkan selain daripada kebahagiaan buat kau, aku, dia dan mereka semua.

***

Goodnight people!

1 comment:

Anonymous said...

Allah Maha Mengetahui