Sunday, October 12, 2008

Anim...

DULU

Aku kenal Anim through Yong, manusia pertama yang aku kenal di universiti dulu. Anim ni roommate & teman karib Yong, aku tak berapa rapat dengan dia, tapi Yong memang kamceng. Tapi everytime aku lepak2 kat bilik derang, Anim tak lokek senyum kat aku dan benda yang paling aku selalu pinjam dari dia ialah selipar jamban. Yelah, selalunya aku lepak bilik derang bila ada exam atau kelas malam...Tak pernah overnight situ tapi selalu la lepak makan2 dan sembahyang.

Walaupun Anim tak berapa kenal aku, bila dia jumpa aku kat mana2 mesti dia tegur walaupun Yong takde dengan dia.

Benda paling aku ingat pasal Anim ialah tahi lalat kat muka dia yang buat dia nampak lagi manis. Aku rasa betul la kata orang tua2, kalau ade tahi lalat kat bibir memang pemurah dengan senyuman. Itulah Anim yang aku kenal.

Kalau aku pergi bilik Anim & Yong, derang rajin layan aku sembang dan makan2. Ade satu hari tu purse aku tertinggal kat rumah, so aku tak beli lunch. Anim dengan Yong turun beli food and aku tak pesan pun, tak bagitau pun derang purse aku takde, tapi derang belikan gak food untuk aku. Senang cite derang berdua memang baik la dengan aku.

***

TADI

Yong call aku. Biasalah kan hari raya, mesti dia nak wish aku sebab aritu aku ada tinggalkan mesej kat frenster dia. Dengar suara Yong aku senyum. Rindu betul kat dia, lama tak jumpa sejak dua2 jadi cikgi ni. Yong cakap dengan aku baca tak buletin yang dia post kat frenster. Aku cakap baca, tapi aku tak kenal Faridah yang meninggal tu.

Yong cakap "L*y, nama dia Siti Faridah Hanim...takkan ko tak ingat, roommate aku, Anim! Anim yang ada tahi lalat manis kat muka tu!"

Aku terkejut terus mengucap panjang...

***

28 Ramadhan

Anim nak balik beraya dengan family kat Kluang. Dia tumpang kawan dia yang dok area tu. Anim tak pernah tumpang orang sebelum ni sebab dia segan nak susah kan orang. Dia selalu mesti naik bas ekspres. Tapi kali ni Anim tumpang kawan dia...

Aku tak tau ape jadi, yang aku tau dia kemalangan. Dengan ape dan siapa, aku tak boleh jawab. Aku cuma tau dada dia remuk dan kepala dia injured teruk.

***

SEMALAM

Yong beriya2 cari nombor rumah Anim.

Dia buka buku cenderahati convocation kitorang...takde.

Dia cari member2 lama Anim...Beberapa kali cuba dia berjaya call family Anim...

Dia ucap takziah...

Dia cakap Anim anak solehah, budak baik, tak pernah tinggal sembahyang... Mak Anim tenang mengiyakan semuanya...

***

SEKARANG

Aku rasa sebak, macam nak nangis...tapi aku tahan air mata ni.

Kalaulah aku ada kekuatan untuk buat ape yang Yong buat...

Semoga Allah merahmati sahabat kami Siti Faridah Hanim, BHSc. in Psychology IIUM. Semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang soleh, solehah, yang baik dan yang tak pernah tinggal sembahyang. Semoga Anim tenang di tempat barunya. Anim akan kami kenang hingga ke akhirat hayat.

AL-FATIHAH.

2 comments:

Anonymous said...

i was really sad too. she left a lot of friends and people who remembered her fondly. May Allah bless her soul for all her kindness and her smiling face that brightened up our days in iiu...

Anonymous said...

Saya kenal dengan arwah hanim ni.dalam keluarga nama timangannya bali.x adalah rapat mana...cuma pernah berkawan buat seketika..saya kenal arwah ketika kenduri perkahwinan.dan abg iparnya serumah dengan saya ketika di jb dulu.arwah memang baik dan sentiasa tersenyum.entah kenapa hari ini nama arwah terlintas di benak fikiran saya.ketika saya mendapat khabar arwah meninggal melalui abg ipar arwah..saya tergamam dan x tau cakap apa...sedih.kalau nak ingat kembali..arwah rajin temankan saya untuk keluar dinner apabila saya pulang ke kl...semoga roh arwah dicucuri rahmat..