Let's play a game, a sort of tagging game. Blog about an incident that had happened to you earlier on and blame others for it.
Rationally, you're partially responsible for everything that happen(s/ed) to you - the decision that you make, the consequence that entails it, the responsibility that comes with it etc. However, once in a while, it feels good to blame others for the silly things that happen(ed) in your life. Kalau tak, takkan ada lagu "kerana percayakan Siti...bla...bla...bla.." and the famous bangau song!
So now...biar bangau pula berbicara:
- Ini semua salah depa. Depa yang suruh budak-budak pergi sekolah hari Sabtu, maka adik aku yang dok kat KJ ni kena pergi sekolah dia kat USJ di pagi Sabtu yang indah.
- Ini semua salah depa. Disebabkan hari Sabtu kerja separuh hari, jadi aku lah yang terpaksa ambil adik kat sekolah di petang Sabtu yang bahagia.
- Ini semua salah depa. Depa buat jalan nak balik KJ kena lalu depan masjid sunway. Lalu aku terpaksa berenti kejap untuk jenguk bazaar ramadhan yang tinker sebut minggu lepas.
- Ini semua salah depa. Letak payung besaq2, biar nampak stall depa even dari jalanraya. Habis aku pun singgahlah untuk mengesahkan kewujudan bazaar itu.
- Ini semua salah depa. Depa bukak bazaar ramadhan kat masjid sunway, sampai terpaksa aku pergi beli juadah berbuka pose kat situ.
- Ini semua salah depa. Buat parking banyak2, kurang orang park kerete, maka senanglah aku nak letak kereta dekat dengan bazaar.
- Ini semua salah depa. Perhangat lauk, masak juadah, murtabak semua ada, sampai hidung aku tertangkap bau, terus naik selera.
- Ini semua salah depa. Jual nasi kerabu kaler biru, dua kali aku pusing, masih nasi biru jugak yang aku mahu.
- Ini semua salah depa. Nasi kerabu, buat aku bernafsu, maka aku keluarkan rm5, bayar nasi harga rm2.50. Ada plak depa duit kecik nak kasi balance kat aku, jadi order tak boleh kansel.
- Ini semua salah depa. Hari Sabtu trafik kurang, cepat aje aku pulang.
- Ini semua salah depa. Bila azan, aku pun buka, makan kurma, makan nasi kerabu biru.
- Ini semua salah depa. Maka aku yang jadi mangsa, termakan racun entah jenis apa, berkali-kali aku dok mengulang ulang ziarah jamban nan satu.
Ini kisah bangau modern!
***
Moral of the story: Masaklah di rumah sendiri di bulan Ramadhan :D
Korang tag-lah diri sendiri! (Sheena, Shan, Kiez and tinker - this tag is dedicated to you gals! hehehe)
Tuesday, October 18, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment