Aku perasan orang kat negara kita ni ada banyak sindrom penyakit yang dulunya luar biasa tapi barangkali kerana kebarangkalian perkara ini untuk terjadi semakin meningkat, ianya dah menjadi bagaikan satu lumrah kehidupan. Korang tak faham? Balik belajarlah lagi.
***
Orang kita...
Bila makan, minum, merokok dalam kereta...selamba je buang sampah kat jalan raya. Kalaulah polis trafik boleh saman lalat ni semua kan bagus!! Kurang sikit keje alam flora hehehe.
Bila tiba hari Isnin, ramai je yang kena serangan pelbagai penyakit, para doktor pun sibuklah menyain sijil-sijil cuti sakit. Kalau sakit betul tak apa...ni MC pun boleh di-prescribe kan, tinggal belum jual kat farmasi je!
Waktu lunch break, semua pakat keluar makan...tapi, kurang yang aku nampak pakat pergi sembahyang (erm, tak tau plak solat ni pun ada diet jugak) - perut kenyang, iman je berkurang.
Bila tiba hari Jumaat, lagilah haru...ada je mamat yang pura-pura amnesia nak pergi sembahyang Jumaat. Kalau tang balik tu semuanya ingat, semua nak cepat, kerja pun buat shortcut...tak tau ke Allah tu Maha Melihat?
Bila akak-akak tawar-menawar nak membeli, tak pernah cukup...orang dah bagi diskaun, boleh mintak lagi kurang "takyah sen-sen lah...saya takde duit kecik"
Anak-anak, adik-adik kita, orang cakap 7.20 dah tutup gate, tapi dia 7.30 baru nak terjengah kat sekolah. Bila disuruh berdiri luar pagar, pengawas pulak jadi mangsa buli.
Aku pulak...berkali-kali orang ingatkan, jangan gigit kuku - tapi aku masih tak berubah, maklum ajelah dah ku buat jadi lumrah ^__^
***
peringatan pada diri aku yang selalu lupa...
tiba-tiba aku terasa diri aku telah melalui satu proses transformasi dan menjadi seorang pembebel "free-lunch" (bak kata abang api) yang berjaya.
selamat malam semua!
Wednesday, July 13, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment