Tuesday, July 26, 2005

Arus Tsumawi

Aku terselamat dari arus tu, sebab bi 'iznillah aku tersangkut kat akar pokok yang mak ayah aku tanam sejak aku kecil lagi.

*****

Message: FWD:Petikan Dari Orang2 Anti AF
Untuk Orang2
Pro AF Bahagian 2
Message: Kini hati rakyat terubat dengan manusia
yang 'dilahirkan' dan
'dibesarkan' daripada
alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama
terpacul dengan gaya yang
tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang.
Terbilang. Gemilang.
Extravanganza. Penuh
aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap!
Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan
kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang
pendidik menasihati anak
muridnya
"jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi
pun boleh. Ini yang
kita hendak.
Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi
masuk Astro

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta
dikoleksikan secara berguni
dan bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak
seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah
melunakkan bacaan al-Quran.
Antara petikan surah
yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang
hidupnya: "Katakanlah kepada
orang laki-laki
yang beriman; hendaklah mereka menahan
(merendahkan) pandangannya dan
memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-
Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil
duduk bersila penuh
tertib dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan
menyaringkan nyanyian Antara
petikan lagu
dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak
menawan, tak menarik hati
tiada
memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..."
(lagu penyanyi
lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas
memandang tepat ke arah
wanita yang
berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung
azan sambil berdiri
tegak Antara
terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema
rancangan sambil menari
rancak Antara
alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi
nama dan laku diniagakan
2.
Seorang
peserta bukan Islam memakai tudung secara
bergurau lantas mengejar
Mawi 3. Seorang
juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak
semena-mena memakai
tudung berbentuk
selendang di kepala seraya berkata "saya kalau
nak komen Mawi mesti
pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan
jeritan penonton
menyambung gurauan
dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi
akan mempertahankan Mawi
habis-habisan
apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama
Islam sendiri dicaci, di
mana kalian
'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

(this part is deleted)

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan
dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak
melawan arus.
Sambung mereka Arus
'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati
kerana Ilahi."
sekianlah

*****

Kenapa perlu aku paste di blog Seven-lord? Untuk jadi pedoman diri sendiri yang selalu lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa :P


*(this part is deleted) - on purpose, aku kurang minat politik ^__^

No comments: