http://www.muslimwakeup.com/main/archives/2005/03/what_a_damn_sha.php#more
Dengan kemajuan teknologi, manusia sepatutnya menjadi lebih jelas tentang hukum hakam Allah taala, tetapi sebaliknya yang berlaku. Dengan kemodenan yang sedia ada, manusia sedia mengenepikan perkara yang hak dan mempertahankan ideologi yang batil.
Seorang wanita, berkelulusan Ph.D dalam jurusan Islamic Studies ingin melakar sejarahnya sendiri untuk menjadi wanita Islam pertama yang mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah Jumaat (sila layari url yang tertera di atas). Wanita ini berpendapat dengan cara ini, dia boleh membetulkan "ASS-umption" (bak kata Pok Ku) orang ramai mengenai Islam; opresi ke atas wanita Islam sememangnya wujud dalam masyrakat Islam.
Perkara pertama yang perlu wanita ini faham ialah, solat Jumaat tidak pernah dihukumkan wajib ke atas wanita Islam. Kedua, apabila ada lelaki yang layak untuk mengimami barisan ma'mum yang terdiri dari lelaki (dan wanita) maka, wanita itu "hilang" kelayakannya untuk mengimami ma'mum tersebut.
Wanita hanya layak mengimami ma'mum lelaki yang terdiri dari lelaki Islam yang belum baligh dan tidak cukup syarat untuk menjadi Imam. Saya amat pasti dalam hal solat Jumaat di kariah wanita ini, ada ramai lagi lelaki yang layak untuk mengimami solat Jumaat. Jadi tidak timbul langsung soal kelayakan wanita ini untuk mengimami solat Jumaat.
Hal ini tidak berkaitan dengan isu atau propaganda yang mengatakan Islam adalah agama yang mengamalkan penindasan terhadap wanita. Dalam Islam ada perkara-perkara yang hanya melibatkan hak lelaki, dan juga perkara-perkara yang melibatkan hak wanita.
Salah satu contohnya, hak untuk mengandung dan melahirkan anak. Hak ini eksklusif untuk wanita sahaja sebab ianya ketentuan Allah taala. Manakala, hak untuk menceraikan pasangan adalah hak lelaki, tetapi dalam keadaan tertentu wanita boleh menuntut cerai dari mahkamah/kadi. Tiada soal penindasan terhadap wanita di sini. Hak mencari ilmu pula adalah hak kedua-dua lelaki dan perempuan. Rasulullah sendiri bersabda, "talabal ilm' faridhatun 'ala kulli muslim (wal muslimah)" (mencari ilmu adalah fardhu ke atas muslim lelaki dan perempuan)
Sama-samalah kita fikirkan...kemajuan dalam bidang teknologi dan ilmu sepatutnya menjadikan kita lebih sensitif terhadap isu-isu yang boleh menyebabkan kita tersasar dari matlamat dan aqidah islami kita.
p/s: I'm still learning, kalau ada salah boleh tolong
bitaufiq...salamalaikum, selamat malam!
No comments:
Post a Comment