Tuesday, May 11, 2004

Been delaying the updates for some time, banyak betul kenduri kendara, sampai rasa macam nak demam hari ni. Jadi, apa mimpi saya nak tulis dalam bahasa Melayu hari nih? Saya sebenarnya baru pulang dari kenduri pihak pengantin lelaki di Muar, Johor. Disebabkan slanga (?) Johor-Riau, Riau-Lingga ni diiktiraf di Malaysia sebagai bahasa rasmi, saya pun nak cubalah buktikan yang saya ni sebenarnya mampu nak menulis dalam bahasa Melayu walaupun menggunakan bahasa yang agak pasar.

Hari Sabtu lepas, saya dan keluarga telah pergi ke Parit Bunga, Muar untuk menghantar kakak saya, lukluk dan suami, abuhandzalah ke rumah mertua kakak saya. Dalam rombongan kami ada 12/13 buah kereta, saya sendiri kurang pasti. Angka rombongan kami masih tak dapat menandingi angka rombongan abuhandzalah, dua bas panjang kalau tak silap sayalah hehehe. Syok juga makan nasi beriyani gam dengan air jagung. Lukluk nampak berseri berbaju pengantin berwarna jingga (tiba2 terer plak berbahasa hahahaha). Abuhandzalah pun nampak tampan bersampin, bertanjak jingga berkeris tanpa lok hehehe (uisk, mengarut plak bunyi nyer). Kemudian, lepas bergambar, makan beradad dll, mulalah babak air mata dalam filem "Mak oppss Pak Andam Separa Gergasi" (kalau tak faham buat2 lah macam dah faham). Sedih rupanya bila salah seorang dari keluarga rapat kita berkahwin, dah pula tu, tinggal di Batu Pahat, mak aih, jauh benor dari kolumpor nih yeop oiii!! Masa taiko kahwin dulu tak terasa sangat sebab rumah mertua taiko cuma di "sebelah hidung" jer, seberang jalan besar. Bila taiko melanjutkan pelajaran ke U.K bersama isteri, kak jules, barulah terasa semacam "kehilangan" sedikit. Tak sangka, belum lima tahun taiko berumah tangga, lukluk pula mengikut jejak taiko. Apa-apa pun saya bersyukur sebab lukluk dah ada orang tolong jaga, tak perlulah kami nih nak risau sangat. Lagipun ada lima orang lagi kat kolumpor nih yang nak dirisaukan hehehe. Oklah, saya nak senaraikan beberapa perkara ditujukan khas buat kakak saya setelah dia berkahwin:

- takde orang nak tunggu aku naik kereta masa nak pi kelas tkd
- takde orang nak marah aku sebab tak kemas bilik, dan kemudian terpaksa kemaskan sebab aku tak nak kemas
- takde orang nak buat air pagi isnin dan rabu
- takde orang nak marah sebab aku selalu pergi kelas tkd, demo tkd dan segala2 ttg tkd
- takde orang nak belanja aku kat Nescafe univ
- takde orang nak bayarkan sarapan aku kat kafe econs
- takde orang nak layan temper aku dalam kereta on the way to univ
- takde orang yang aku nak buli dan gelakkan
- takde orang nak keluarkan fastrak bila sampai toll house
- takde orang nak tido sebelah aku kat dalam bilik
- takde orang nak bagitau aku password rahsia untuk komputer
- takde orang nak kritik blog aku, blog madam aku, dan benda2 lain
- takde orang nak suruh aku hantar pergi exam hall
- takde orang nak bangun bila aku terjaga tengah malam dan takut
- takde orang nak ajar aku buat blog, modify blog, dan solve problem kat blog nih
- dan lain-lain yang tak bleh aku nak senaraikan sebab terlalu banyak

* we miss you like mad, lukluk!! ^_^